Lebih 3,000 Pelajar Serbu Roadtour Skor A+ PTTI Di Kelantan
- oleh Gerbang Daily
- 4 minggu lalu

Sambutan hangat lebih 3,000 pelajar di Kelantan membuktikan kejayaan penganjuran Roadtour Skor A+ SPM PTTI yang berlangsung meriah di Hotel Grand Renai, Kota Bharu pada 19 Julai lalu.
Program anjuran PTTI, platform pendidikan digital terkemuka negara, terus mendapat kepercayaan ibu bapa dan pelajar, khususnya dalam usaha meningkatkan persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Kehadiran luar biasa ini jelas mencerminkan keazaman pelajar Kelantan yang mahu merebut peluang menimba ilmu serta strategi pembelajaran berkesan daripada barisan guru berpengalaman yang dibawa khas oleh PTTI.
Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fana berkata, sambutan di Kelantan ini antara yang paling membanggakan sepanjang siri jelajah berlangsung.
“Kami amat terharu dengan sambutan luar biasa ini. Ia membuktikan bahawa pelajar di Kelantan benar-benar mahu berusaha mencapai keputusan cemerlang dalam SPM.
“PTTI akan terus komited membawa program seperti ini ke lebih banyak negeri bagi memastikan lebih ramai pelajar mendapat manfaat,” katanya.
Sepanjang program berlangsung, para pelajar diberi pendedahan kepada teknik menjawab soalan, strategi pembelajaran efektif, dan motivasi untuk mencapai Skor A+, selain perkongsian tip daripada bekas pelajar cemerlang PTTI.
Rata-rata pelajar meluahkan rasa teruja dengan pengalaman yang mereka peroleh.
“Best gila! Banyak ilmu baru yang saya dapat. Teknik dia mudah faham dan buat saya lebih yakin nak jawab soalan nanti,” kata seorang pelajar tingkatan lima.
“Semoga PTTI terus buat program macam ni kat negeri-negeri lain,” kata seorang lagi pelajar yang hadir.
Menariknya, sempena ulang tahun kelahiran Cikgu Fana pada 20 Julai lalu, PTTI turut menawarkan diskaun yuran istimewa 15 peratus ke atas untuk semua kelas online PTTI bagi pelajar tingkatan satu hingga lima menerusi platform rasmi www.ptti.my.
Langkah ini dilihat sebagai usaha PTTI membantu meringankan beban ibu bapa, di samping memastikan lebih ramai pelajar mendapat akses kepada pembelajaran berkualiti tinggi.
Tanda pagar #RoadtourSkorAPlusPTTI turut tular di media sosial dengan lebih 5,000 hantaran daripada pelajar yang berkongsi pengalaman mereka sepanjang program berlangsung.