5 Tahun Selepas Kehilangan Ibu, Ayah Pula Menyusul Akibat COVID-19, 4 Beradik Yatim Piatu
- oleh Samad Mohd
- 5 tahuns lalu
Empat beradik menjadi anak yatim piatu sekelip mata selepas bapa mereka meninggal dunia kerana Covid-19, lima tahun selepas pemergian ibu mereka akibat kanser.
Miguel Plangca, 55, berpindah dari Ozamis, Filipina ke Ireland untuk bekerja kira-kira 25 tahun lalu.
Lelaki berusia 55 tahun itu yang bekerja di sebuah kilang di Naas, Col Kildare akan menghantar wang setiap bulan kepadaisteri, Gilceria dan anak mereka di Filipina.
Selepas isterinya meninggal pada 2015, anak-anaknya turut mengikut Miguel berpindah ke Ireland setahun kemudian, lapor Irish MIrror.
Namun Miguel menjadi salah seorang daripada 1,561 kakitangan di kilang tempatnya bekerja yang meninggal dunia selepas enam minggu disahkan positif Covid-19.
Dia meninggalkan empat anak iaitu Mikee, 21, Michael, 19, John, 14 dan Chekie, 12.
Anak sulungnya, Mikee berkata dia dan tiga adiknya akan terus tinggal di Ireland tetapi tidak pasti dengan masa depan mereka.
Sumber : Mirror