Ikuti Kami:

Abang Bas Selesai Diikat Jamin, Diwakili Peguam Zaharil Muhaiyar

Abang Bas Selesai Diikat Jamin, Diwakili Peguam Zaharil Muhaiyar

Abang Bas bebas selepas bayar ikat jamin RM40,000 di Mahkamah Muar pagi tadi di bantu peguam, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar yang dikenali sebagai Peguam Pencil Box.

Menerusi siaran langsung yang dibuat oleh ahli keluarga Abang Bas dikenali sebagai Minnazhar di TikTok, dapat dilihat momen sewaktu pemuda tersebut menghampiri ibu bapa dan keluarga selepas selesai urusan membayar wang ikat jamin.

Difahamkan, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar dan Muhammad Hariz Md. Yusoff telah menjadi peguam untuk mewakili Abang Bas.

Abang bus didakwa atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan amang seksual bukan fizikal di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan pertuduhan kedua pula mengikut Seksyen 159a)(iii) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terdahap Kanak-Kanak 2017.

Menerusi siaran langsung yang dikongsi, dapat dilihat ibu dan bapa Abang Bas tidak dapat menahan tangis setelah menatap anak bongsu mereka dibebaskan.

Masing-masing memeluk erat pemuda berusia 24 tahun itu yang kini berpenampilan botak selepas seminggu direman bagi membantu siasatan pihak berkuasa.

Difahamkan, ahli keluarga Abang Bas juga turut hadir dan pengguna TikTok yang membuat siaran langsung memaklumkan bahawa mereka datang dari Tapah bagi memberikan sokongan kepada pemuda terbabit.

Komen
Loading...