Adira Suhaimi Bercerai Talak Satu, Tidak Tuntut Sebarang Nafkah
- oleh Samad Mohd
- 8 bulan lalu
Penyanyi Adira Suhaimi dilaporkan sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, pagi ini.
Perkara itu dimaklumkan penyanyi itu ketika ditemui media di perkarangan mahkamah di mana lafaz cerai itu dilakukan Datuk Red di hadapan Hakim Syarie, Abdul Hadi Omar sekitar jam 9.45 pagi.
Adira yang ditemui kelihatan tenang manakala bekas suaminya itu sedikit sugul dan sayu.
Dia dalam pada itu turut memaklumkan bahawa telah bersetuju untuk tidak menuntut sebarang nafkah terhadap Datuk Red.
Adira sebelum ini telah memfailkan cerai terhadap usahawan itu pada 25 Oktober 2023.
Pelantun lagu Ku Ada Kamu itu telah bernikah dengan Datuk Red pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.