Akui Anak Tak Sah Taraf, Myra Natasya Terpaksa Tipu Demi Jaga Nama Baik Bapa
- oleh Samad Mohd
- 7 bulan lalu
Baru-baru ini, dunia hiburan dikejutkan dengan pendedahan pelakon Myra Natasya yang mengakui dirinya merupakan anak luar nikah kepada penyampai radio Halim Othman.
Menurut Myra, dakwaan Halim dan ibunya yang pernah berkahwin di Thailand itu adalah palsu bagi menjaga nama baik penyampai radio itu. Myra mengakui dia terpaksa berbohong kepada media ketika dirinya menceburi bidang seni.
Ibu bapa saya tak pernah berkahwin pun. Apabila saya ceburi bidang seni, saya beritahunya jangan risau dan akan lindungi nama baiknya dan beritahu media mereka bernikah di Thailand.
Saya terpaksa menipu ketika membuat kenyataan kepada media.
Tambahan pula, yang membuatkan aktres ini bertekad untuk mendedahkan perkara tersebut adalah kerana kurang senang dengan tindakan bapanya yang menukar sijil kelahiran asalnya tanpa kebenarannya.
Didakwa Halim telah memasukkan namanya di bahagian maklumat bapa dalam sijil tersebut tiga tahun lalu di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Saya tak perlu minta izin awak (Myra). Tanpa gen saya, awak takkan wujud. Bersyukurlah.
Sekadar info, pada April 2022, Myra telah mendedahkan bahawa dia tidak berbintikan Hali kerana ibu dan bapanya telah bernikah di Thailand pada 1995. Tambah Myra, mereka telah bercerai ketika usianya baru mencecah setahun. Urusan tersebut juga diselesaikan di Thailand pada 1998.