Akui Rujuk Semula Dengan Aliff Aziz, Bella Astillah Bakal Timang Cahaya Mata Kedua
- oleh Samad Mohd
- 5 tahuns lalu
Seperti yang diketahui umum, pasangan Bella Astillah dan Aliff Aziz sudah pun bercerai pada Mei lepas dek kerana kontroversi yang sering menyelubungi lelaki itu. Meskipun sudah berpisah, tetapi nampaknya pasangan itu sepertinya sudah berbaik semula dan sering berjumpa bersama.
Walaubagaimanapun, baru-baru ini tersebar cerita mengatakan bahawa kedua-dua selebriti itu sudah pun berkahwin semula namun Bella lebih senang mengunci mulut apabila ditanyakan mengenai hal peribadi itu.
Nampaknya semua tidak perlu berteka-teki lagi kerana Bella akhirnya mengaku bahawa dia sudah pun rujuk semula bersama Aliff semasa dia masih lagi dalam iddah. Pertanyaan itu dijawab menerusi laman Instagramnya.
Bahkan, wanita genit itu tidak segan untuk mengakui bahawa dia kini sedang berbadan dua dan Ayden bakal mendapat adik baru.
Pun begitu, ada juga peminat yang menyuarakan kebimbangan sama ada suaminya itu akan kembali buat perangai nanti. Namun, Bella dengan tenang menjawab dan meminta semua agar berdoa kepada Allah SWT dan mengharapkan yang terbaik.
Apa-apa pun, kita doakan yang terbaik untuk pasangan Bella Astillah dan Aliff Aziz. Semoga semuanya baik-baik sahaja.