Ikuti Kami:

Anwar Tegas Tidak Akan Kompromi Isu GISBH

Anwar Tegas Tidak Akan Kompromi Isu GISBH

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak akan berkompromi dalam menangani isu rumah amal GISB Holdings (GISBH). Menurut Perdana Menteri, jika tiada tindakan diambil, beliau menganggap dirinya gagal sebagai pemimpin.

“Saya tidak akan mengalah, kalau isu GISBH perlu kompromi, tiada makna saya jadi Perdana Menteri,” katanya dalam satu forum hari ini.

Anwar juga menyatakan bahawa beliau bertekad untuk memastikan keadilan ditegakkan dan tidak akan tunduk kepada tekanan atau ancaman dalam isu ini. Keputusan yang diambil akan berdasarkan prinsip undang-undang dan integriti.

Beliau turut menekankan bahawa tidak kira status atau kedudukan seseorang, sekiranya terbukti bersalah, tindakan tegas akan dikenakan, selari dengan komitmen kerajaan untuk membanteras rasuah dan penyelewengan.

“Mentaliti kita soal akhlak dan nilai itu jadi kebelakang. Walaupun (dia seorang) pensyarah dan cakap mengenai Islam (sampai) berbuih mulut, tapi kita tetap akan ambil tindakan (sekiranya dia terbabit) rasuah (atau) Global Ikhwan (GISBH). Itu akan ditentang,” katanya

Terdahulu, PDRM memperoleh lanjutan reman bagi siasatan terhadap ahli GISBH berkait Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 selama empat hari bermula hari ini sehingga 29 September ini.
.

Komen
Loading...