Bekas Miss Universe Malaysia Cetuskan Kemarahan Dengan Isu Perkauman – “To The Black People, Relax”
- oleh Samad Mohd
- 5 tahuns lalu
Pemenang pertandingan ratu cantik Miss Universe Malaysia 2017 Samantha Katie James mencetuskan kemarahan orang ramai di media sosial kini. Ini semua gara-gara kenyataan yang dikeluarkan olehnya menerusi paparan Instagram Story yang dimuatnaiknya semalam.
Melalui paparan itu, dia dilihat lantang menyuarakan pendapatnya mengenai isu perbezaan warna kulit dan rusuhan kaum yang sedang melanda negara Amerika Syarikat (AS). Untuk makluman, AS kini berhadapan dengan demonstrasi besar-besaran bagi menuntut pembelaan bagi kematian George Floyd.
“Kepada orang berkulit hitam, bertenang. Ambil ini semua sebagai satu cabaran untuk menguatkan anda.”
Namun, Samantha yang juga merupakan seorang pelakon terus mengundang perasaan kurang senang netizen apabila dia meminta orang kulit hitam di AS agar menerima situasi yang berlaku sebagai cabaran.
Isu perkauman di AS adalah satu isu yang sangat besar dan sensitif di mana #BlackLivesMatter dapat dilihat trending di media sosial. Dia yang berkacukan Brazil itu juga mendakwa perusuh meminta dilahirkan sebagai orang kulit hitam di AS kerana bersebab iaitu untuk mempelajari beberapa pengajaran.
“Saya tak menetap di Amerika, ia tiada kena mengena dengan diri ini. Tapi bagi saya, nampaknya kulit putih telah menang.”
Pada masa yang sama, dia mendakwa pernah dibuli dalam hidupnya kerana menjadi seorang perempuan berkulit putih di sekolah negara ini. Namun netizen membidas kenyataan Samantha antaranya ada berkata, seseorang yang ditindas atas dasar perkauman tidak wajar menerima apa berlaku ke atas diri mereka begitu saja.
This y’alls miss universe malaysia??? pic.twitter.com/XRsQM0nLbC
— HEAD BARB IN CHARGE (@lilasianthiccie) June 1, 2020
“Bayangkan membandingkan kulit putih dia sehingga dimarahi oleh guru besar kerana “membawa budaya barat ke sekolah” dengan isu perhambaan dan rasisme yang dihadapi bertahun-tahun oleh orang kulit hitam. Adakah dia masih memiliki mahkota Miss Universe Malaysia 2017?” luah seorang netizen.
Kebanyakan netizen kini berpendapat gelaran Miss Universe Malaysia yang disandangnya untuk ditarik balik kerana telah memburukkan imej gelaran yang dipegangnya itu.
Sehinggakan, maklumatnya di Wikipedia turut diubah oleh netizen yang tidak berpuas hati dengan sikap perkauman yang ditunjuknya.