Ikuti Kami:

Bella Astillah Dedah Aliff Aziz Kini Buat Kerja Amal Dan Bekerja Di Pusat Komuniti Islam

Bella Astillah Dedah Aliff Aziz Kini Buat Kerja Amal Dan Bekerja Di Pusat Komuniti Islam

Sejak bermulanya kisah kecurangan Aliff Aziz, netizen telah mengikuti perkembangan hidup lelaki itu dan Bella Astillah sehingga ke hari ini. Melihatkan pasang surut hubungan mereka, ramai mendoakan yang terbaik kepada keluarga tersebut.

Walaupun mengambil keputusan untuk berpisah tetapi Bella mengakui bahawa mereka sudah pun kembali bersama sebagai pasangan suami isteri semasa dalam tempoh iddah lagi.

Wanita yang kini sarat mengandung anak kedua mereka menjelaskan bahawa pengumuman rasmi itu lambat dibuat bagi memberikan masa kepada Aliff untuk menyelesaikan apa yang patut.

Bahkan, Aliff dikhabarkan sudah lebih 3 bulan menabur bakti di sebuah pusat komuniti Islam terletak di Singapura.

“Sebagai isteri, saya gembira dia mahu berubah menjadi lebih baik. Aliff terbabit dengan kerja amal mengagihkan bahan mentah kepada mereka yang memerlukan.”

Agak menyedihkan apabila Bella dan Ayden tidak dapat beraya bersama dengan Aliff dek halangan merentas negara bagi membendung wabak COVID-19. Jadinya, mereka hanya mampu berhubung menerusi panggilan video atau pun melakukan IG Live bersama.

“Kebiasaannya, saya akan menyambut Syawal di Singapura mahupun Sabah. Tahun ini, hanya beraya di rumah sendiri di Kuala Lumpur.”

Semoga pasangan ini menemui sinar bahagia selepas segala kemelut ini.

Sumber: BH Online

Komen
Loading...