Ikuti Kami:

Boyz II Men Bukti Masih Berbisa di Kuala Lumpur

Boyz II Men Bukti Masih Berbisa di Kuala Lumpur

Megastar Arena menyaksikan kehebatan kumpulan R&B legenda, Boyz II Men, yang membuktikan mereka masih berbisa menerusi konsert luar biasa malam tadi.

Kehadiran Nathan Morris, Wanya Morris dan Shawn Stockman ke pentas Malaysia selepas enam tahun jelas dinanti-nantikan ribuan peminat, yang memenuhi setiap ruang dewan untuk menyaksikan persembahan penuh nostalgia.

Konsert bermula dengan lagu hits seperti Can’t Let Her Go, Don’t Stop, dan Water Runs Dry, yang serta-merta membangkitkan emosi penonton.

Sorakan semakin membingit apabila lagu popular era 90-an seperti On Bended Knee dan I’ll Make Love to You dimainkan, dengan peminat tidak henti-henti menyanyi bersama.

Namun, Boyz II Men tidak hanya bergantung kepada kejayaan masa lalu. Persembahan mereka turut disulami dengan lagu-lagu yang lebih kontemporari seperti Locked Out of Heaven dan interpretasi memukau mereka terhadap Purple Rain, membuktikan kemampuan mereka kekal relevan dalam dunia muzik yang sentiasa berubah.

Lagu penutup mereka, Motown, menjadi penanda aras kepada sebuah malam yang sempurna, mengukuhkan lagi kedudukan Boyz II Men sebagai kumpulan legenda yang masih menguasai pentas.

Foto Oleh: Sudasan.

Komen
Loading...