Ikuti Kami:

Budak Genius 12 Tahun Cipta Sejarah Sebagai Pelajar Termuda Universiti Malaya

Budak Genius 12 Tahun Cipta Sejarah Sebagai Pelajar Termuda Universiti Malaya

Iz Emir, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, telah mencipta sejarah sebagai pelajar termuda yang mendaftar di Universiti Malaya sejak penubuhannya pada tahun 1962.

Kisah ini dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, Fatimah Binti Kari, dan segera tular di media sosial, menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan netizen.

Menurut Fatimah, Iz Emir merupakan seorang kanak-kanak genius yang kini mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik di Universiti Malaya.

Sehingga artikel ini ditulis, hantaran tersebut telah dikongsi lebih daripada 1,000 kali dan menerima lebih daripada 3,000 ‘likes’.

Sebelum ini, Iz Emir pernah menuntut di Kolej Permata Pintar, Universiti Kebangsaan Malaysia (KPPN UKM) pada usia 6 tahun, di mana dia telah mempelajari subjek peringkat tingkatan satu.

Lebih mengagumkan, Iz Emir mengambil peperiksaan O-Level ketika berumur 8 tahun dan A-Level pada usia 11 tahun.

KPPN UKM merupakan program khas pertama di Malaysia yang direka untuk murid-murid berpotensi intelektual tinggi.

Netizen juga membandingkan Iz Emir dengan watak fiksyen “Young Sheldon” daripada sitkom popular Amerika, The Big Bang Theory.

Komen
Loading...