Ikuti Kami:

Bukit Aman Beku 96 Akaun GISBH Bernilai RM581,000

Bukit Aman Beku 96 Akaun GISBH Bernilai RM581,000

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan 96 akaun milik syarikat terlibat eksploitasi kanak-kanak, Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) dibekukan dianggarkan bernilai lebih setengah juta ringgit.

Razarudin berkata kesemua akaun bank berkenaan dibekukan untuk siasatan oleh Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA).

“Sehingga kini sebanyak 96 akaun melibatkan GISBH yang berjumlah RM581,552.31 telah dibekukan mengikut Seksyen 44(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

“Sebanyak empat akaun telah ditutup dan lapan kenderaan telah dikeluarkan perintah pembekuan,” katanya dalam sidang media di PULAPOL Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Dalam Op Global dijalankan antara jam 6 hingga 11 pagi Rabu lalu, seramai 402 kanak-kanak dan remaja berusia setahun hingga 17 tahun diselamatkan dari 20 rumah amal dikendalikan kumpulan perniagaan itu yang dikatakan bermotif agama di sekitar Selangor (18) dan dua di Negeri Sembilan.

Sumber
BHarian
Komen
Loading...