COVID-19 : Saintis Berpendapat Vaksin Mungkin Tidak Dapat Ditemui
- oleh Samad Mohd
- 5 tahuns lalu
Sejak mulai wabak COVID-19 menyerang China, para saintis seluruh dunia seolah memberi harapan wabak ini mungkin dapat dihapus dengan adanya vaksin. Kajian demi kajian telah dibuat dimana penawaran vaksin yang berkesan berkemungkinan dapat ditemui dalam tempoh satu atau dua tahun lagi.
Walau bagaimanapun, seorang saintis terkemuka dari Amerika Syarikat yang bertanggungjawab dalam penyelidiikan berkaitan kanser dan AIDS berpendapat vaksin COVID-19 mungkin tidak akan ditemui selepas melihatkan jumlah mangsa wabak ini yang sudah mencapai 5 juta orang.
Menurut William Haseltine, beliau tidak mahu meletak sebarang harapan vaksin COVID-19 dapat ditemui. Sebaliknya, beliau menyarankan negara-negara yang sudah melonggarkan perintah kawalan atau lockdown untuk sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dalam mengelakkan daripada wabak ini terus merebak.
Selain itu, dilaporkan beberapa universiti terkemuka dunia seperti Oxford University antara yang aktif dalam membuat kajian terhadap vaksin dilaporkan sudah berjaya menghasilkan vaksin COVID-19 namun masih lagi dalam peringkat awal.
Difahamkan vaksin yang dihasilkan masih belum mampu memulihkan kesemua mangsa COVID-19 melihatkan jumlah mutasi yang berbeza pada wabak ini.
Orang ramai juga turut disarankan untuk sentiasa memakai topeng muka, mencuci tangan serta mengamalkan penjarakan sosial dalam usaha memutuskan rantain COVID-19.
Foto : ET HEALTH WORLD, IME MAGAZINE, The Star