Ikuti Kami:

“Demi Pendapatan Halal” – Hafidz Roshdi Kini Kerja ‘Lalamove’

“Demi Pendapatan Halal” – Hafidz Roshdi Kini Kerja ‘Lalamove’

Hafidz Roshdi baru-baru ini melalui Instagram Story berkongsi kini beliau bekerja sebagai rakan penghantar untuk Lalamove

Bagaimanapun, Hafidz meluahkan rasa kesal apabila dia mendapati ada beberapa pihak yang menghina pekerjaannya itu.

Saya gembira saja kerja dengan Lalamove tetapi saya terbaca ada pihak yang menghina kerja saya.

Apapun doakan saya terus sihat untuk dapat berkhidmat demi pendapatan yang halal

Dalam pada masa yang sama, pelakon itu memohon doa daripada orang ramai agar dia dikurniakan kesihatan yang baik supaya dapat memberi nafkah halal kepada anak-anak.

Terdahulu, bekas isteri Hafidz iaitu Nur Shuhada memaklumkan aktor itu culas membayar nafkah anak-anak, Humairah dan Umar. Malah, hanya memberi RM100 setiap seorang anak mereka.

Komen
Loading...