Dua masjid suci umat Islam iaitu Masjidil Haram dan Masjid Nabawi akan dibuka tidak lama lagi.
- oleh Samad Mohd
- 5 tahuns lalu
Khabar gembira itu dikongsi melalui laman Instagram Haramain yang memaklumkan bahawa aktiviti ibadah akan berjalan seperti biasa selepas wabak Covid-19 dapat ditangani.
“Saya membawa berita gembira kepada umat Islam dimana keadaan akan kembali seperti biasa di dua masjid suci tidak lama lagi. Ia akan dibuka untuk Tawaaf dan solat serta ziarah kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
“Berikutan perkara ini, kita tidak akan tergesa-gesa bagi membuka dua masjid suci kerana semua langkah diambil adalah untuk kebaikan kita,” katanya.
Imam Besar Masjidil Haram itu turut memohon semua umat Islam agar mendoakan supaya situasi pandemik global ini dapat berakhir dengan segera.
“Sekali lagi, kami menyeru umat Islam berdoa melawan pandemik ini, berdoa untuk pemimpin kami (penjaga dua masjid suci) dan menerima apa dilakukan ini adalah terbaik. Semoga Allah melindungi mereka,” ujarnya.
Terdahulu, Arab Saudi menggantung solat Terawih di kedua-dua masjid suci di Makkah dan Madinah bagi mengekang penularan wabak tersebut.
Sumber : Haramain