Gara-gara ‘berkurung’ di rumah akibat PKP, penjaga gol Aston Villa buat cabaran telur
- oleh Samad Mohd
- 5 tahuns lalu
PENJAGA gol Aston Villa, Pepe Reina sering menjadi pelawak di bilik persalinan, terutama ketika berkhimat di Sepanyol lebih awal dalam kariernya.
Bagaimanapun, telatah lucunya sama sekali tidak terhenti apabila beliau menyertai ‘cabaran telur’ di media sosial.
Cabaran itu menyaksikan kelebihan pada dirinya yang berkepala botak.
Menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, pemain berusia 37 tahun itu menunjukkan empat biji telur di dalam susunan empat cawan yang cantik.
Rupa-rupanya, salah satu imej telur tu sebenarnya adalah kepala Reina sendiri.
Dia kemudian bangun dan membuat tarian yang melucukan.
Cabaran itu dilakukan bekas penjaga gol Liverpool di kediamannya semasa tempoh perintah kawalan pergerakan akibat penularan wabak Covid-19.
Reina baru sahaja dipinjamkan dari AC Milan dan menyertai Aston Villa pada tahun ini. – Mail Online