Ikuti Kami:

Ibu Hanis Zalikha Dikecam Tayang Duit

Ibu Hanis Zalikha Dikecam Tayang Duit

Niat ibu kepada pelakon Hanis Zalikha, Nani Rostam memuat naik ‘posting’ penghargaan dengan menyertakan foto duit belanja yang diberikan oleh anaknya itu di Instagram telah mengundang kecaman netizen, menyifatkan tindakannya seolah berlagak dan riak.

Menerusi perkongsian tersebut, Nani mendoakan agar Hanis dimurahkan rezeki dan mendapat kebaikan dunia serta akhirat. Dia turut meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan anak yang soleh dan solehah.

Bagaimanapun, ramai yang salah erti dengan niat serta tujuannya berkongsi perkara itu. Perkongsian itu tular di Twitter dan rata-rata netizen bukan sahaja mengecam, malah menyindir Nani. Mereka turut mempersoalkan perlu ke dia mengambil gambar duit tersebut bersama tasbih dan Al-Quran?

Bagaimanapun, ada segelintir netizen berpendapat individu yang menularkan perkongsian Nani itu bersifat dengki dan iri hati.

Pada mereka, isu itu tidak perlu diperbesarkan dan tidak ada salahnya untuk seorang ibu menghargai pemberian anaknya. Tidak perlu kongsikan foto itu kerana ia hanya mengundang tanggapan negatif.

Ibu mana yang tidak menghargai pemberian anak mereka? Satu nikmat perasaan terharu yang sukar untuk digambarkan. Kita fikir positif sahaja, semoga dengan perkongsian ibu Hanis ini, akan ada lebih banyak anak-anak di luar sana berkongsi rezeki dengan ibu mereka.

Komen
Loading...