iPhone Yang Dirompak Ketika Demonstrasi George Floyd Kene “Disable” Dan Dijejaki Apple
- oleh Samad Mohd
- 5 tahuns lalu
Umum mengetahui akan demonstrasi yang berlaku di Amerika Syarikat berikutan kemarahan rakyat Amerika Syarikat di atas kematian George Floyd ketika dalam tahanan polis.
Malah, terdapat banyak kedai-kedai besar telah dirompak ketika demonstrasi dan butik Apple turut menjadi mangsa. Disebabkan produk Apple telah dirompak oleh golongan oportunis, kini produk yang dirompak terutama sekali iPhone telah dinyahaktif oleh pihak Apple.
Everyone basically stands around until the next person calls a location and then the whole mob runs pic.twitter.com/34wu1UGpnA
— Caleb Hull (@CalebJHull) May 31, 2020
Untuk pengetahuan anda, mereka yang mengambil produk Apple terutama sekali iPhone tidak lagi boleh menggunakan iPhone mereka kerana telah dikunci dan lokasi mereka telah dijejaki serta dihantar kepada pihak berkuasa.
Bukan sahaja tidak boleh menggunakan telefon pintar tersebut tetapi mereka juga tidak boleh matikan ia dan perlu tunggu sehingga telefon pintar kehabisan bateri dengan sendiri. Malah, untuk reset semula telefon juga tidak boleh.
Nah son I swear to god I’d be heated 😭😭😭 pic.twitter.com/RoFxHV1lLm
— josh (apex male) (@onlyfanobtainer) May 31, 2020
Pastinya isu ini menjadi perhatian ramai orang di seluruh dunia. Hal ini juga menunjukkan bahawa produk keluaran Apple memiliki tahap keselamatan yang tinggi dan berbaloi dengan harga anda bayar.