Ikuti Kami:

“Itu Rezeki Mereka” – Chef Wan Komen Berkenaan Sugu Pavithra

“Itu Rezeki Mereka” – Chef Wan Komen Berkenaan Sugu Pavithra

Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan pertahankan YouTuber Sugu Pavithra yang dikatakan meletakkan harga tinggi untuk satu program masakan.

Kata Chef Wan, sekiranya Sugu Pavithra membuat keputusan untuk meletakkan harga tersebut bagi perkhidmatannya itu adalah rezeki.

“Mungkin itu rezeki mereka. Tak apalah masing-masing punya bahagian.

“Kalau merasakan bahawa harga yang ditetapkan terlalu tinggi dan dia merupakan tukang masak yang sedang melonjak naik, kedua-dua pihak boleh berunding tentang harga tersebut agar adil,” katanya seperti dipetik Gempak.

Tambah Chef Wan, dia akui menonton video masakan yang dimuat naik di laman Youtube itu.

“Saya ada menonton video pasangan ini. Mereka mendapat tempat di hati ramai orang disebabkan kepetahan dia berbahasa Melayu dan cara masakan dia yang bersahaja.

“Dia juga berani dan sangat bangga untuk menonjolkan resepi serta bakat yang ada.

“Jadi, saya rasa mereka patut disanjungi,” katanya lagi.

Terdahulu, ada pihak mendakwa terkejut apabila diminta bayaran sehingga RM10,000 untuk sebuah program masakan.

Perkara itu diluahkannya menerusi satu entri di Instagram Story  yang menyifatkan bayaran itu setanding dengan bayaran cef selebriti, Chef Wan.

Namun menurut Pavithra, itu bukan harga yang sebenar kerana sebolehnya mereka tidak mahu terlibat dengan sebarang program rancangan masakan.

Nama Youtube Sugu Pavithra adalah gabungan nama pasangan suami isteri keturunan India ini yang mana Sugu adalah nama suami dan Pavithra adalah nama isterinya.

Sehingga kini Sugu Pavithra mempunyai lebih 600,000 subscribers di YouTube.

Sumber : Gempak

Foto : Bernama, Gempak.

Komen
Loading...