JPJ Buka Bidaan Nombor Pendaftaran “EV” Disertakan Dengan Papan Plat Khas!
- oleh Samad Mohd
- 3 bulan lalu
Hari ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, dengan rasmi melancarkan plat nombor khas JPJePlate untuk kenderaan tanpa pelepasan gas, atau dikenali sebagai Zero Emission Vehicle (ZEV).
Menurut laporan Careta, plat khas ini bukan saja nak galakkan lagi penggunaan kereta mesra alam, tapi juga sebahagian daripada usaha kerajaan untuk bawa pendigitalan ke tahap seterusnya.
Plat JPJePlate ni bukan sekadar cantik je, tapi ia ada banyak kelebihan. Antaranya, ia lebih mudah nampak waktu malam sebab ada ciri retro-reflektif yang boleh kurangkan kemalangan.
Selain tu, ada juga hologram anti-klon yang boleh elakkan risiko kecurian dan penipuan. Teknologi RFID yang digunakan pun akan memudahkan penguatkuasaan, dan ia juga buat kenderaan elektrik senang dikenalpasti apabila berlakunya kecemasan.
Untuk yang beli kenderaan ZEV baru, korang dah boleh mula tempah JPJePlate ni mulai 9 September 2024 melalui laman web jpjeplate.jpj.gov.my.
Tapi, kalau korang dah ada kereta ZEV, jangan risau sebab korang boleh tempah mulai November nanti dengan harga RM98 satu set.
Buat masa sekarang, plat khas ni cuma untuk kenderaan ZEV baru je. Kementerian Pengangkutan pun ada buat sesi perbincangan dengan pengeluar dan pengedar kenderaan pada bulan Jun untuk pastikan kerjasama antara semua pihak berjalan dengan lancar.