Ikuti Kami:

“Kami Bahagia, Tak Ada Perasaan Buruk..” – Mia Sara Gembira Sambut Hari Raya Bersama Ibu Tiri, Hormati Keputusan Afdlin Shauki

“Kami Bahagia, Tak Ada Perasaan Buruk..” – Mia Sara Gembira Sambut Hari Raya Bersama Ibu Tiri,  Hormati Keputusan Afdlin Shauki

Baru-baru ini dunia hiburan dikejutkan dengan berita pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki yang akhirnya memperkenalkan isterinya, Datin Marcella selepas hampir setahun sah bergelar suami isteri.

Menjawab kepada persoalan tentang keluarga mereka, anak kepada Afdlin, Mia Sara berkata mereka sekeluarga bahagia dapat menyambut hari raya bersama-sama tahun ini. Tambahan pula, Mia menjelaskan dia menerima apa sahaja keputusan yang dibuat oleh ibu dan ayahnya asalkan mereka gembira.

“Kemeriahan hari raya tahun ini okay sahaja. Kami bahagia, Tak ada apa-apa perasaan buruk. Memang raya tahun ni sangat bahagia bagi saya. Tak ada apa nak risau. Kami dalam satu rumah yang selesa dan meriah.”

“Saya anak dia. Saya tak nak tengok ibu bapa saya tak gembira. Bila bapa saya bahagia sekarang, saya rasa bagus untuk dia. Saya tak nak halang semua. Sama juga ibu bapa saya, mereka pasti nak tengok saya gembira. Jadi win win situation”

Dalam pada itu, terdahulu, pengarah ini menjelaskan punca dirinya dan isteri merahsiakan pernikahan mereka hampir setahun kerana ingin menghormati permintaan arwah ayah Marcella.

Ditanya mengenai rahsia perkahwinan mereka yang disimpan selama ini, Marcella berkata, itu adalah atas permintaan arwah ayahnya.

“Ayah saya meninggal April tahun lalu. Itu pun salah satu sebab juga kenapa kami jaga privasi. Sebabnya, ayah saya sakit dan itu adalah permintaannya sebelum dia meninggal.

“Alhamdulillah, kami dapat tunaikan. Dia memang minta untuk percepatkan dan alhamdulillah dapat ditunaikan sebelum dia meninggal dunia.

“Saya dahulu, memang saya doakan nak seseorang yang seperti ayah saya. Alhamdulillah, ciri-ciri itu ada dalam keperibadiannya,” katanya.

Terdahulu, Afdlin berumah tangga dengan bekas isterinya, Maria Christina Orow Abdullah pada 1997 dan dikurniakan tiga anak iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin sebelum bercerai pada April 2022.

Komen
Loading...