Kanak-kanak Dibawah 13 Tahun Dilarang Ada Akaun Media Sosial – Fahmi Fadzil
- oleh Samad Mohd
- 8 bulan lalu
Memetik laporan daripada BERNAMA, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengingatkan para ibu bapa untuk tidak membenarkan anak-anak di bawah umur 13 tahun miliki akaun media sosial.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, pihak MCMC mendapati kanak-kanak di bawah umur 13 tahun tidak sesuai untuk memiliki akaun media sosial di setiap platform seperti TikTok, Facebook, Instagram, Twitter dan lain-lain.
“Sekiranya ada, ibu bapa tolong maklum kepada saya, MCMC. Kita akan akan shut down (tutup) akaun tersebut.”
Dalam pada itu, Fahmi berkata ketika ini pemilikan media sosial diserahkan sepenuhnya kepada pengguna tanpa mempunyai kaedah membuktikan pengguna melebihi had umur yang telah ditetapkan.
Kementerian juga telah mengadakan sesi pertemuan bersama pihak berkaitan seperti Meta yang mengurus aplikasi seperti Facebook, Instagram dan WhatsApp serta pihak Telegram bagi mengemukan perancangan mereka untuk tangani masalah kanak-kanak bawah umur 13 tahun mempunyai akaun media sosial.