Kedai Gunting Rambut Milik Warga Indonesia, Bangladesh Antara Yang Diserbu DBKL
- oleh Samad Mohd
- 5 tahuns lalu
Kedai gunting rambut milik warga asing Indonesia dan Bangladesh antara yang dikenakan tindakan sita dan tutup oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam operasi yang dijalankan semalam.
DBKL menerusi Facebook (FB) rasminya berkata, pihaknya telah menyita premis gunting rambut di Jalan Madrasah, Gombak (hadapan M3 mall) yang diusahakan warga Indonesia.
“Premis itu tidak mempunyai sebarang dokumen perniagaan, tindakan menutup dan menyita serta-merta diambil mengikut Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Selain itu, DBKL juga menyita dan menutup kedai gunting rambut dimiliki warga Bangladesh di Jalan 30/56 , Setiawangsa.
“Pemantauan dan pemeriksaan mendapati premis dijalankan oleh bukan warga negara (Bangladesh). Premis juga tidak mempunyai lesen.”
BACA : Tukang Gunting Rambut Di Setapak Sah Positif COVID-19, 40 Kontak Rapat Dikuarantin
Turut diambil tindakan sita dan tutup adalah premis kedai runcit di Jalan 27/56 , Setiawangsa yang diusahakan warga Indonesia kerana tidak mempunyai lesen perniagaan.
“Selain itu, DBKL turut menyita gerai milik penjaja cendol di Jalan 3/27A (berhadapan Alpha Angle) mengikut Undang-Undang Kecil 3(1) kerana penjaja bukan warganegara,” katanya.
BACA : Kedai Warga Asing Guna Lesen Warga Tempatan, 127 Kedai Telah Ditutup
Foto : Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)