Ikuti Kami:

Kemanisan Bersabar, Kebenaran Akan Datang Sendiri – Bella

Kemanisan Bersabar, Kebenaran Akan Datang Sendiri – Bella

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mengaku sudah berjumpa dengan wanita yang mendakwa dirinya sebagai kekasih suaminya, Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine di ibu kota sebelum pendedahan dimuat naik dalam Instagram (IG), baru-baru ini.

Justeru, Bella atau nama sebenar, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah berkata, dia tidak terkejut dengan pendedahan dibuat, malah mendakwa wanita berkenaan adalah salah seorang daripada 11 kekasih Aliff.

“Saya tak terkejut sebab itulah wanita dalam senarai kekasih Aliff pernah disebut sebelum ini. Kan saya letak ‘recorder’ (peranti perakam suara) dalam kereta, jadi saya tahu siapa wanita itu.

“Cumanya, saya tak tahu secara terperinci apa yang diceritakan itu. Tapi, saya rasa inilah kemanisan untuk orang yang bersabar dan kebenaran akan datang dengan sendiri.

“Sebenarnya, saya sudah ke arah ‘move on’. Saya bekerja dan gembira dengan anak-anak.

“Bila perkara ini datang terkejut juga, tapi pada masa sama, saya rasa Allah hendak permudahkan,” katanya ditemui pada rumah terbuka Universal Music di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Sarah mendakwa dirinya adalah kekasih Aliff, sekali gus membuka episod baharu kecurangan pelakon kelahiran Singapura itu.

Menerusi pendedahan yang dimuat naik dalam IG, wanita dipercayai kelahiran Singapura itu juga turut mendakwa Aliff dipergunakan oleh pelakon, Ruhainies.

Pada masa sama, Bella memberitahu, dia berjumpa dengan Sarah, seminggu lalu selepas wanita terbabit berkeras mahu menjelaskan isu berkenaan kepadanya.

“Sarah cari saya dulu, dia hubungi dan mesej di WhatsApp. Kemudian kami berjumpa kira-kira seminggu lalu.

“Sebab itu jugalah saya dan Sarah saling mengikuti satu sama lain di Instagram,” jelas Bella.

Kontroversi rumah tangga Aliff dan Bella tercetus lagi selepas Aliff ditangkap khalwat dengan Ruhainies di sebuah kondominium mewah, di sini pada Mac lalu.

Tidak tahan kerap menjadi mangsa curang dan mendakwa Aliff melakukannya sebanyak 11 kali, Bella memfailkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 11 Mac lalu.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

Sumber
Komen
Loading...