Ikuti Kami:

“Kenapa Begitu Lama, Cepat Bagi Saya Sijil” – Restoran Uncle Roger Di Pavilion Dalam Proses Dapatkan Sijil Dari JAKIM

“Kenapa Begitu Lama, Cepat Bagi Saya Sijil” – Restoran Uncle Roger Di Pavilion Dalam Proses Dapatkan Sijil Dari JAKIM

Restoran milik pelawak dan YouTuber, Nigel Ng telah dibuka secara rasmi pada 11 November yang lalu di Pavilion Bukit Bintang.

Sambutan yang diterima restoran tersebut sangat meriah kerana ramai peminat Nigel ataupun lebih dikenali sebagai Uncle Roger itu dilihat beratur panjang sebelum restoran dibuka.

Berikutan itu, bagi pelanggan beragama Islam, pastinya status halal menjadi soal besar dan tanda tanya.

Menerusi satu video oleh pensohor terkenal Pinn Yang, Nigel ada ditanyakan mengenai status halal restoran miliknya itu.

Kami sedang memohon sijil halal daripada JAKIM, cepat sikit, kenapa begitu lama? Cepat-cepat bagi saya sijil.

Difahamkan, pihak restoran telah memohon sijil halal sejak awal lagi bagi mengelakkan salah faham dan kontroversi di masa hadapan.

Sekadar info, Nigel Ng merupakan kelahiran Malaysia meskipun dia sering disalah anggap sebagai rakyat negara seberang tambak iaitu Singapura.

Komen
Loading...