Khairul Aming Tutup Kilang 5 Hari, Bawa 100 Staf Nikmati Percutian Mewah
- oleh Samad Mohd
- 3 bulan lalu
Khairul Aming seringkali dianggap majikan impian semua. Ini kerana dia seringkali memberikan bonus dan berkongsi rezeki dengan stafnya.
Tahun ini Khairul Aming telah membawa stafnya menikmati percutian mewah di Pulau Pinang. Dia membawa 100 orang stafnya untuk bercuti. Dengan menginap di hotel yang mengadap laut serta makan makanan mewah.
Di IG miliknya, Khairul Aming menulis: “Kita tutup kilang selama 5 hari untuk bawa kesemua 100 staff Khairulaming bercuti di Penang.
“Semua staff dapat hotel 5 star bilik seaview, duit poket untuk shopping, main escape park, parasailing, banana boat, jetski, explore bandar georgetown, makan nasi kandar, grand dinner dan macam-macam lagi.
“Yang penting semua staff dapat berehat and bercuti dengan happy.”
Menurut beliau lagi, seperti biasa dalam, lawatan syarikat yang dibuat, tidak akan ada sesi ceramah, sesi ucapan atau perbincangan tentang KPI sekalipun.
Netizen rata rata tumpang gembira melihat staf dilayan dengan sebaiknya oleh Khairul Aming yang kini menjadi salah seorang influencer terkaya di Malaysia.