Ikuti Kami:

Konsert ‘Ada Apa Dengan Melly…?’ Janji Malam Glamor Sarat Kenangan

Konsert ‘Ada Apa Dengan Melly…?’ Janji Malam Glamor Sarat Kenangan

Penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Melly Goeslaw, bakal mengubat rindu para peminatnya di Malaysia menerusi konsert berskala besar bertajuk “Ada Apa Dengan Melly…? Prom Nite” yang akan berlangsung pada 31 Mei 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Menjanjikan malam glamor yang penuh kenangan, konsert ini mengangkat tema nostalgia dengan kod pemakaian “Dress To Kill” menjemput para penonton untuk hadir dalam busana terbaik mereka bagi meraikan karya-karya abadi Melly yang telah mewarnai dunia muzik serantau sejak lebih dua dekad lalu.

Acara yang bermula pada jam 8.30 malam ini juga menandakan pelengkap kepada trilogi persembahan Melly selepas kejayaan konsert “Back To School” dan “Malam Graduasi”

Menurut pengasas Icon Entertainment, Iman Tang, konsert kali ini lebih daripada sekadar persembahan ia adalah satu perayaan yang menghubungkan emosi dan kenangan antara Melly dan peminatnya.

“Ini adalah peluang untuk peminat menyempurnakan pengalaman mereka setelah dua konsert terdahulu. Ia akan menjadi malam yang menyentuh hati menampilkan lagu-lagu yang menjadi sebahagian daripada hidup ramai orang” katanya.

Melly turut menyatakan keterujaannya untuk kembali beraksi di hadapan peminat di Malaysia menyifatkan konsert ini sebagai satu detik istimewa yang akan dikenang sepanjang hayat.

“Ia bukan sekadar konsert tetapi sebuah pesta kenangan yang paling tidak akan terlupakan untuk kita semua” katanya.

Tiket bagi menyaksikan malam istimewa ini ditawarkan pada harga antara RM228 hingga RM558 dan boleh didapati menerusi laman web rasmi www.ticket2u.com.my

Dengan produksi yang dijangka mewah dan penampilan yang penuh gaya peminat muzik tanah air dijemput untuk menjadi sebahagian daripada malam bersejarah ini bersama Melly Goeslaw seorang legenda seni yang karya-karyanya terus menginspirasi generasi demi generasi.

Komen
Loading...