Ikuti Kami:

Konsert ‘Siti Nurhaliza Cinta Di Awan’ Bakal Berlangsung Ogos Ini Di Genting Higlands!

Konsert ‘Siti Nurhaliza Cinta Di Awan’ Bakal Berlangsung Ogos Ini Di Genting Higlands!

Adakah anda peminat lagu ‘Purnama Merindu’, ‘Cindai’ dan ‘Anta Pernama’? Jika ya, jangan lepaskan peluang keemasan untuk menikmati persembahan langsung daripada penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi konsert ‘Siti Nurhaliza Cinta Di Awan’.

Konsert ‘Siti Nurhaliza Cinta Di Awan’ dijadualkan berlangsung pada 10 Ogos ini, jam 8.30 malam di Arena of Stars, Resorts World Genting, Genting Higlands.

Siti Nurhaliza merupakan ikon muzik Malaysia yang telah melangkah jauh dengan bakat vokalnya yang mantap sekali gus merupakan nadi penting dalam industri muzik negara.

Prestasinya yang gemilang dalam menerima pelbagai penghargaan muzik termasuklah anugerah tempatan dan antarabangsa seperti empat anugerah di MTV Asia Awards, tiga di World Music Awards, dan dua di Anugerah Muzik Indonesia membuktikan kejayaannya yang mengagumkan.

Ibu kepada dua cahaya itu juga pernah memenangi juara utama dalam pertandingan Voice of Asia di Kazakhstan dan pemenang anugerah emas iaitu juara di pertandingan Shanghai Music Festival di Shanghai.

Kini, dia adalah antara artis yang paling berpengaruh dan diminati di Malaysia dengan penjualan rekod melebihi 6 juta unit. Siti Nurhaliza yang diberi jolokan sebagai ‘Voice of Asia’ dengan koleksi 20 album studio telah mencatat sejarah sebagai penyanyi Asia Tenggara pertama yang mengadakan konsert solo di Royal Albert Hall di London pada tahun 2005 dengan diiringi oleh London Symphony.

Selain itu, anak kelahiran Pahang itu terkenal kerana sering berkongsi pentas dengan penyanyi-penyanyi tersohor antarabangsa seperti David Foster, Michael Bolton, Katharine McPhee, dan Gareth Gates dalam pelbagai acara muzik dan konsert.

Para peminat berpeluang untuk berinteraksi secara langsung dengan diva terkenal itu sambil menikmati lebih daripada 20 untaian hits sepanjang karier muziknya sejak lebih dari 25 tahun pada malam konsert ‘Siti Nurhaliza Cinta Di Awan’.

Saksikanlah persembahan yang menakjubkan penyanyi sensasi Malaysia yang akan turut menyampaikan lagu-lagu dari album terbarunya, Sitism. Nantikan malam fenomenal bersama Siti Nurhaliza di Arena of Stars pada 10 Ogos ini!

Tiket untuk konsert ‘Siti Nurhaliza Cinta Di Awan’ akan tersedia untuk dibeli pada 25 April ini mulai jam 12 tengah hari. Harga tiket adalah RM688 (VIP), RM498 (PS1), RM388 (PS2), dan RM248 (PS3).

Ahli Genting Rewards Card (Kad Ganjaran Genting) berpeluang menikmati diskaun tetap sebanyak 10% melalui pembayaran tunai, kad kredit, atau penebusan mata ganjaran Genting yang hanya sah bagi pembelian tiket VIP, PS1, dan PS2. Setiap pembelian tiket akan dikenakan caj pemprosesan tambahan sebanyak RM4.00.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, kunjungi laman web rwgenting.com atau
myticket.asia.

Komen
Loading...