Ikuti Kami:

Lufya Ralat Bekas Suami Tidak Menjenguk Anak

Lufya Ralat Bekas Suami Tidak Menjenguk Anak

Penyanyi dan pelakon, Lufya Omar, 35, ralat apabila suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum sudah hampir setahun tidak menjenguk anak, Laana Haura.

Bukan mahu mengeruhkan keadaan, sebaliknya Lufya atau nama sebenarnya, Lutfyah Sheikh Omar mahu menjelaskan kedudukan sebenar. Ada dakwaan mengatakannya tidak mengizinkan suami bertemu anak.

“Saya harus menjelaskan soal jumpa anak. Ini kerana ada yang beranggapan saya tak bagi suami jumpa anak. Dakwaan ini tidak benar sama sekali. Kalau tak mahu bercakap dengan saya bertanyakan anak, dia boleh sahaja menghubungi ibu mentua atau adik iparnya, tetapi kenapa berdiam diri?

“Saya dan suami kali terakhir berkomunikasi ketika mahu mengundangnya ke majlis hari lahir Laana yang kedua pada November lalu. Tetapi, dia tak datang kerana sibuk bekerja.

“Saya tiada masalah memberi kebenarannya bertemu anak di rumah. Jika saya keluar bekerja, anak di bawah jagaan ibu saya. Jadi, tak timbul masalah jika dia mahu meluangkan masa dengan anak,” katanya kepada BH Online.

Ketika ini, kes permohonan cerai Lufya dan suaminya masih tergantung. Mereka mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya perempuan, Laana yang kini berusia dua tahun. Pergolakan rumah tangga Lufya dan suami dapat dihidu wartawan pada Oktober 2018.

Sumber : Berita Harian

Komen
Loading...