Ikuti Kami:

Melawati Mall Perkenalkan Program Ganjaran CapitalPlus Sebagai Tanda Penghargaan Kepada Pelanggan

Melawati Mall Perkenalkan Program Ganjaran CapitalPlus Sebagai Tanda Penghargaan Kepada Pelanggan

Pengurus Besar CapitaLand, Alicia Yuen (tiga dari kanan) bergambar dengan pemenang kempen “Shop Smart Win Smart” anjuran Melawati Mall baru-baru ini.

Melawati Mall memperkenalkan program ganjaran baharu, CapitaPlus, sempena penganjuran kempen Chromatic Christmas yang berlangsung dari 28 November hingga 28 Disember ini bagi memberikan nilai tambah kepada pengalaman membeli-belah pengunjung.

CapitaPlus yang ditawarkan secara pendaftaran percuma membolehkan pengguna menikmati pelbagai keistimewaan termasuk pengumpulan mata, penebusan hadiah eksklusif serta penyertaan dalam promosi khusus sepanjang tempoh kempen.

Menurut kenyataan pengurusan Melawati Mall, program itu diperkenalkan sebagai usaha memperkukuh hubungan dengan pelanggan setia selain menggalakkan transaksi lebih berbaloi di pusat beli-belah berkenaan.

“CapitaPlus merupakan platform ganjaran yang memberi pulangan segera kepada pengunjung. Melalui kempen perayaan ini, kami mahu pelanggan merasai manfaat maksimum ketika berbelanja,” jelas kenyataan itu.

Antara tarikan utama CapitaPlus ialah program ‘Chromatic Top Spender’, yang menawarkan hadiah bernilai tinggi seperti “MacBook Air”, “Nintendo Switch 2” dan pelbagai barangan elektronik lain menerusi penyertaan dengan perbelanjaan minimum RM100 dalam satu resit.

Selain itu, pengguna CapitaPlus juga boleh menebus “Merry Charm Blind Box”, iaitu koleksi charm edisi khas seperti Glamlite, Chromie, Mysterious, Aquarius dan Prism, dengan setiap perbelanjaan RM100. Peluang memperoleh secret charm turut disediakan kepada pengunjung.

Bagi pembelian bernilai RM180 (maksimum dua resit), pengunjung layak menebus “Merry Jar”, manakala penebusan “Merry Mist Purifier’ ditawarkan dengan perbelanjaan RM500 (maksimum tiga resit).

Melengkapkan sambutan “Chromatic Christmas’, Melawati Mall turut menganjurkan pelbagai acara di Meranti Court, Aras GF, termasuk program lawatan media bersama pempengaruh pada 2 Disember, persembahan Vivace Dance Academy pada 14 Disember serta persembahan carol instrumental dan bengkel seni sepanjang bulan.

Kempen berkenaan bukan sahaja menonjolkan dekorasi bertema kristal berwarna-warni, malah menambah kemeriahan suasana melalui gabungan ganjaran, aktiviti keluarga dan keindahan visual yang menjadi nilai tambah kepada pengunjung.

Komen
Loading...