Meninggal Dunia Kerana COVID-19, Pemuda Ini Sebak Uruskan Pengebumian Bapa Seorang Diri
- oleh Samad Mohd
- 5 tahuns lalu
Seperti yang kita semua sedia maklum, urusan pengebumian bagi mangsa COVID-19 perlu diuruskan dalam satu prosedur yang berbeza. Mereka yang terlibat dengan urusan pengebumian juga perlu memakai pakaian perlindungan diri (PPE) sebagai langkah keselamatan.
Negara-negara lain seperti Iran, Sepanyol dan India kini semakin mencatatkan kadar kematian yang tinggi. Untuk makluman, India kini merekodkan 226,713 kes, 6,363 kematian dan 108,450 pesakit yang telah sembuh. Oleh kerana kadar kematian yang tinggi di India, seorang waris terpaksa menguruskan urusan pengebumian keluarganya seorang diri.
It seems like the most heartbreaking scene in the world …
Hafez is the only child next to his father’s body who died of Coronavirus.
Neither neighbours nor relatives came. ??
Ya Allah we are sinners and you are Ar Rahman Please forgive us ??#CoronaVirusPakistan pic.twitter.com/rPpEmcAoGO
— Kayani (@shamaskayani1) June 4, 2020
Lelaki tersebut dipercayai merupakan anak tunggal di dalam keluarga dan tiada adik beradik yang lain. Semasa urusan pengebumian bapanya yang meninggal akibat wabak itu, tiada ahli keluarga dan jiran-jiran yang dapat hadir membantu.
India tidak membenarkan ahli keluarga mahu pun saudara mara untuk terlibat dalam urusan pengebumian, melainkan mendapat kebenaran daripada pasukan perubatan yang bertugas. Ini adalah kerana keadaan yang semakin memudaratkan di sana selain SOP yang perlu dipatuhi.
Dapat dilihat menerusi foto yang dikongsikan, betapa pilunya wajah seorang anak apabila hanya dia seorang sahaja yang dibenarkan mengiringi jenazah ayahnya di tanah perkuburan.
Gambar tersebut tular selepas dikongsikan oleh media antarabangsa di mana rata-ratanya tidak dapat membayangkan bagaimana perasaan lelaki itu menghadapi dugaan ini.