Mila Jirim Istiqamah Bertudung Labuh – “Maafkan Saya Jika Ada Salah Dan Silap”
- oleh Samad Mohd
- 5 tahuns lalu
Penyanyi dan usahawan Mila Jirin istiqamah untuk bertudung labuh selepas rasa keinsafan yang menebal didalam hati selepas habiskan bacaan dan menghayati maksud suruh An-Nur tempoh hari.
“Masya Allah, rupa rupanya selama ini ustaz, ustazah pesan memang benar benar ada dalam Al-Quran, Allah dah pesan… Rasa keinsafan yang menebal didalam hati tertusuk kedalam, rasa malu dengan Allah
“Alhamdulillah, ramadan tahun ini Allah beri hidayah untuk saya. Moga saya dapat istiqomah menutup aurat dengan sempurna dan menjaga aurat sebaiknya,” tulisnya.
Dalam entri tersebut, Mila juga menyeru orang ramai khususnya pengikut di laman berkenaan untuk mendoakan agar dirinya terus istiqamah.
Malah turut berharap agar pengikutnya juga bersama-sama ke arah yang lebih baik.
“Saya juga mendoakan sahabat sahabat saya di Instagram, ayuh kita sama sama perbaiki diri kita, perlahan perlahan ke arah kebaikkan, tutup aurat dan perlahan perlahan sempurnakannya.”
Dalam pada itu, Mila turut memegang kata-kata suaminya bahawa kita tidak tahu mungkin ini merupakan hari terakhir kita diberi nafas di muka bumi ini.
Mengakhiri penulisannya, juara Akademi Fantasia musim kelima ini turut memohon maaf kepada semua andai dirinya pernah melakukan sebarang kesalahan.
Terdahulu, kecoh di laman Instagram apabila pemilik syarikat Bizmilla ini berdepan masalah kewangan malah terpaksa menjual kek bagi menampung kos pengurusan berjumlah hampir RM200,000 sebulan termasuk bayaran gaji kepada pekerjanya.
Foto: Instagram Mila Jirin