Nabila Razali Minta Maaf Akui Salah Sendiri, Rakan Artis Terus Memberi Kata-Kata Semangat
- oleh Samad Mohd
- 5 tahuns lalu
Beberapa hari lepas, penyanyi yang diangkat menerusi Akademik Fantasia, Nabila Razali telah dihentam netizen berikutan nyanyiannya yang didakwa teruk ketika membuat persembahan dalam satu program hari raya di televisyen.
Video rakaman ketika dia ‘terkucil’ semasa menyampaikan lagu Peluang Kedua itu tidak dapat disorok lagi dan membuatkannya tular di media sosial.
Eh… pic.twitter.com/Ep10arIO5e
— FJ#STAYATHOME (@FLjasmy) May 29, 2020
Selepas teruk dihentam netizen, akhirnya Nabila Razali tampil memohon maaf dan mengakui silapnya sendiri di Instagram semalam.
Dia menulis bahawa apa yang telah berlaku pasti ada hikmahnya.
Dalam paada itu juga, Nabila turut berterima kasih kepada sesiapa yang menenangkannya dan mendoakan perkara yang baik-baik buat penyanyi itu.
Sehubungan dengan perkongsian itu, ramai yang telah memberikan kata-kata semangat kepada penyanyi wanita tersebut. Rakan-rakan artis turut sama mendoakan agar Nabila Razali terus bersabar dan terus belajar daripada kesilapan.
Semakan di laman instagram Nabila Razali, beliau sudah memadam hantaran itu.