Nak ciplak pun agak-agak la – Qi Razali, Vivy Yusof Dituduh Ciplak
- oleh Samad Mohd
- 5 tahuns lalu
Pelakon Qi Razali berang apabila rekaan dan konsep jenama tudung hasil usaha keras kekasihnya, Nia Atasha ditiru oleh jenama tudung terkenal milik usahawan Vivy Yusof iaitu dUCk.
Qi berkata, tindakan itu sangat tidak wajar kerana ia dilihat memusnahkan usaha orang lain yang bersungguh-sungguh menghasilkan produk untuk jenama mereka.
“Nak ciplak pun agak-agaklah. Aiyo, seperti mana saya katakan, PKP ini semua perangai sebenar keluar.
“Dia memusnahkan usaha dan cita-cita individu lain. Kita akan move on tetapi dia akan hidup dengan situasi ini.
“Saya tak boleh duduk diam dan tengok saja. Saya syak pasukan dia pun ada kena mengena… come on, takkan semua rekaan dia buat sendiri.
“Tapi menjadi tanggungjawab dia untuk memecat pasukannya itu,” katanya di Twitter.
Pada malam Selasa, Nia yang berkolaborasi dengan jenama Soonaru meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila konsep fotografi dan rekaannya yang dilancarkan pada Disember tahun lalu sama dengan keluaran terbaharu jenama tudung terkenal dUCk.
Bagaimanapun, Vivy menerusi laman sosial menafikan perkara tersebut dan menjelaskan pasukannya sudah lebih awal memulakan projek itu iaitu pada Jun 2018.
Bagaimanapun Qi berkata, dia melihat perkara itu daripada sudut positif apabila semakin ramai mengetahui bakat yang ada pada Nia Atasha.
“Kita lihat pada hikmah juga, sekarang lebih ramai orang tahu tentang dia dan rekaannya. Potensinya tidak dapat ditandingi,” ujarnya.