Ikuti Kami:

Netizen Terhibur Abby Abadi Bergurau Mahu “Bersalaman” Dengan Norman Hakim

Netizen Terhibur Abby Abadi Bergurau Mahu “Bersalaman” Dengan Norman Hakim

Umum mengetahui bahawa Abby Abadi dan Norman Hakim mengekalkan hubungan yang baik di antara satu sama lain meskipun memilih untuk berpisah pada tahun 2008 selepas 6 tahun berkahwin.

Bahkan kesemua anak-anak bekas pasangan itu mempunyai hubungan yang baik dengan adik-beradik tiri mereka.

Sama juga seperti tahun ini apabila pasangan Norman Hakim dan Memey Suhaiza serta pasangan Abby Abadi dan Jai telah menyambut lebaran bersama.

 

Apa yang menarik perhatian ramai ialah apabila Abby Abadi memuat naik satu video yang merakamkan kedua-dua pasangan itu bersalaman dan memohon maaf antara suami dan isteri masing-masing.


 

Ramai terhibur melihat telatah Abby Abadi yang tidak segan untuk mengusik bekas suaminya itu.

 

Kadang-kadang majlis hari jadi pun disambut sekali. Ini membuktikan bahawa pasangan yang berpisah sebenarnya boleh mengekalkan hubungan yang baik.

 

Lain pasangan, lain cara gurauannya. Sekiranya pasangan masing-masing tidak kisah, jadi sepatutnya tidak menjadi masalah kepada orang lain juga.

Foto : Instagram Abby Abadi

Komen
Loading...