Ning Baizura Jawab Persoalan Perubahan Warna Kulit – “Saya Tak Berkulit Sawo Matang Atau Hitam Manis”
- oleh Samad Mohd
- 5 tahuns lalu
Kerana timbul persoalan berkenaan warna kulitnya penyanyi lagu Awan Yang Terpilu, Ning Baizura menjelaskan perkara ini di laman Instagramnya bahawa kulit wajahnya berubah susulan Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan pada 18 Mac lalu.
Berkongsi beberapa keping foto terbaru, penyanyi berbakat besar itu, Ning Baizura akui terima terima beberapa komen daripada netizen berkenaan kulit wajahnya yang kini dikatakan semakin mulus dan cerah.
Tidak melakukan aktiviti sukan di luar rumah menjadi salah satu punca mengapa kulitnya kini berubah menjadi cerah.
“Banyak orang Tanya ehhh kenapa Ning Baizura, semakin puteh ah- bukan ker kulit dia hitam manis??
“Sebenarnya saya mmg suka aktiviti bersukan diluar, tapiiiii sbb tak dpt keluar menjalankan aktiviti sukan pd siang hari.. time time PKP ni.. hmmmm letak lighting kuning, filter kuning.. aku masih puteh,” tulisnya.
Tambah Ning, beliau kini seakan redha apabila imejnya kini dikatakan sedikit berbeza jika mahu dibandingkan dengan kulitnya dahulu.
“Apa nak buat kita ikut peraturan… buat masa ni.. saya tak berkulit sawo matang atau hitam manis.. dia in between.
“So image lari sikit.. haahahah I hope you guys are staying safe and being happy stay positive.. and keep giving.. insyaallah Allah will bless you and yr loved ones.. so now u know #ilovemyskin,” tambahnya lagi.
Meskipun karier nyanyiannya agak perlahan kebelakangan ini, namun menjengah ke ruangan komen, rata-rata para pengikutnya tetap memuji keayuan dan personaliti Ning yang tidak dimamah usia meskipun kini telah berusia 44 tahun.