“Orang kata saya tak boleh menyanyi” – Nana Mahazan sebak imbau kenangan di AF
- oleh Samad Mohd
- 5 tahuns lalu
Nana Mahazan sebak setiap kali mengimbau kenangan ketika dia mula melangkah ke industri seni menerusi program realiti Akademi Fantasia musim pertama iaitu pada 2003.
Pemilik nama sebenarnya Nurul Hana Che Mahazan, 27, berkata pelbagai kecaman yang dilemparkan kepadanya sehingga membuatkan ibunya, Rosnah Harun menangis.
“Ada yang kecam kata kalau saya balik Muar, Johor nak ludah. Betapa bencinya. Selain itu, ada yang nak baling batu sebab katanya saya tak patut masuk AF.
“Bila ingat semula, saya pun rasa sedih… Yela, orang tak suka tapi saya faham dan okay. Tapi yang buat saya sedih bila melihat mak yang terpaksa melalui semua itu sepanjang saya dalam AF.
“Orang mengata dan cakap benda tak elok fasal anak dia. Ada ketika mak menangis pukul 3 pagi dan ketika itu usia saya baru 19 tahun dan tak berapa faham lagi.
“Tapi bila saya baca komen netizen ketika itu, barulah saya faham kenapa mak menangis,” kata Nana menerusi video perkongsiaanya yang dimuat naik di Instagram.
Dalam pada itu, Nana memberitahu tangisannya itu disebabkan dia berasa gembira dengan dirinya sendiri dan bersyukur menerima rezeki yang banyak ketika itu biarpun ramai orang membencinya.
“Saya menangis sebab gembira, saya sentiasa menjadi diri sendiri dan saya beremosi sebab AF menjadikan saya kuat. Satu benda yang saya belajar, kita kena sentiasa menjadi diri sendiri.
“Buat sesuatu kena ikhlas dari hati dan bila kita baik dengan semua orang, rezeki ada. Sejujurnya, ketika itu show banyak gila walaupun orang tak suka dan kata saya tak boleh menyanyi,” ujarnya.
Sumber : Mstar