Pak Nil Tawar Jadi Pengacara Secara Percuma Untuk Frontliner
- oleh Samad Mohd
- 5 tahuns lalu
Berkongsi potongan video di laman Instagramnya yang memperlihatkan para petugas kesihatan bersorak kegembiraan selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada Ahad lalu, pengacara Datuk Aznil Nawawi luah mahu mengacara secara percuma andai ada majlis meraikan semua wira barisan hadapan ini.
Menurut Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil, para petugas barisan hadapan ini berhak meluahkan rasa gembira dan wajar menerima penghargaan daripada masyarakat susulan tanggungjawab yang dilunaskan oleh mereka susulan pandemik COVID-19.
Tambah Pak Nil lagi, semua wira ini berusaha amat keras menangani krisis ini dan berhak merasa momen gembira seperti yang ditonjolkan mereka menerusi video berkenaan.
“Kalau ada majlis meraikan semua wira-wira frontliners, saya volunteer jadi pengacara majlis Free of Charge! Tahniah Malaysia!.”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya seakan terharu melihat posting tersebut. Hal ini demikian kerana, muat naik berkenaan dibanjiri komen murni daripada warganet yang tidak putus mendoakan kesejahteraan para petugas barisan hadapan ini.
Malah ada juga menitip rasa syukur dan sebak mengenang pengorbanan yang dilaksanakan mereka dalam memastikan negara dihindari daripada wabak berkenaan.
Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri mengumumkan PKPP yang akan berkuat kuasa mulai 10 Jun hingga 31 Ogos 2020.
Pelaksanaan ini juga memberi lebih banyak kelonggaran dan kemudahan kepada orang ramai yang ingin menjalankan aktiviti harian termasuklah perjalanan rentas negeri dan pengoperasian semual kedai gunting rambut mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.