Ikuti Kami:

Pelajar Bawak Guni Ke Universiti Jelaskan Keadaan Sebenar, Bertekad Tidak Mensia-siakan Peluang Ini

Pelajar Bawak Guni Ke Universiti Jelaskan Keadaan Sebenar, Bertekad Tidak Mensia-siakan Peluang Ini

Kota Kinabalu: Rafida Zaiddin, 19, pelajar jurusan perakaunan di Universiti Malaysia Sabah (UMS), menjadi tular selepas menggunakan beg guni untuk membawa barang-barang peribadi semasa mendaftar ke universiti pada Sabtu lalu mengakui terkejut menerima banyak perhatian.

Rafida menjelaskan bahawa dia terpaksa menggunakan beg guni se­bagai alternatif kerana menaiki bas hampir tujuh jam dari Sandakan disebabkan kos penerbangan yang lebih tinggi, serta pihak universiti membenarkan maksimum dua beg sahaja.

“Saya terkejut apabila banyak menerima panggilan mengenai isu viral (beg guni) ini. Saya datang ke sini menaiki bas dengan perjalanan hampir tujuh jam dari Sandakan. Jika menaiki kapal terbang, kosnya lebih tinggi. Pihak universiti juga memaklumkan bahawa maksimum hanya dua beg dibenarkan,” jelas Rafida.

Beliau menambah, “Apabila saya susun barang keperluan, semuanya ada enam beg, dan bapa saya mencari jika ada beg guni. Dia memuatkan semua barang ke dalam satu tempat, dan selepas dikumpulkan, kami mendapat tiga beg.”

Sebagai anak bongsu daripada dua beradik, Rafida menegaskan bahawa beliau ingin berusaha dengan gigih dan tidak mahu mensia-siakan peluang dan rezeki yang diberikan khususnya bantuan yang disalurkan serta menghargai usaha keras ibu bapanya.

Terdahulu kisah ini mendapat perhatian Menteri Pendidikan, Fadhlina, yang segera menghulurkan bantuan kepada pelajar ini.

Komen
Loading...