Dunia
Pesakit Covid-19 Singapura Dikuarantin, Tunai Solat Terawih Berjemaah
- oleh Samad Mohd
- 5 tahuns lalu
Berikutan wabak pandemik Covid-19, kerajaan Singapura menyediakan beberapa lokasi sebagai pusat isolasi bagi menempatkan pesakit yang mempunyai simptom ringan.
Salah satu tempat adalah Changi Exhibition Centre dimana pesakit beragama Islam tidak lupa menyambut ketibaan bulan Ramadan dengan meluangkan masa untuk beribadah.
Salah seorang pesakit, Muhammad Nasiruddin berkongsi posting di laman Facebook malam tadi yang menunjukkan mereka menunaikan solat Terawih di dalam dewan tersebut.
Menurutnya, terdapat syarat yang ditetapkan sekiranya ingin bersama-sama mengerjakan solat iaitu tidak mempunyai demam, memakai topeng muka dan jarak satu meter antara satu sama lain.
Komen
Loading...