Ikuti Kami:

Polis Nafi Dakwaan Enggan Terima Laporan Hilang Kurang 24 Jam

Polis Nafi Dakwaan Enggan Terima Laporan Hilang Kurang 24 Jam

KUALA LUMPUR: Polis menafikan dakwaan yang tular di media sosial bahawa mereka enggan menerima laporan mengenai kehilangan seorang remaja perempuan yang disangkakan hilang, sebelum dia akhirnya ditemukan selamat.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor, memaklumkan bahawa siasatan telah dijalankan dan mendapati laporan berkenaan telah diterima oleh pihak polis dalam tempoh tiga jam 11 minit selepas ibu remaja tersebut gagal menghubungi anaknya.

“Ini membuktikan bahawa pihak polis telah menerima laporan tersebut dalam tempoh kurang daripada 24 jam.

Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dalam menyebarkan atau memuat naik kenyataan yang tidak tepat atau palsu,” jelas beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Beliau turut menegaskan bahawa tindakan undang-undang boleh diambil mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 terhadap mereka yang menyebarkan maklumat palsu.

Terdahulu, seorang individu melalui hantaran di media sosial X mendakwa bahawa polis enggan menerima laporan kehilangan remaja perempuan itu kerana tempoh kehilangan belum melebihi 24 jam.

Komen
Loading...