Ikuti Kami:

Program Bina Insan Madani Akan Digerakkan Ke Seluruh 34 Kampus UiTM – Mustaffa Kamil Ayub

Program Bina Insan Madani Akan Digerakkan Ke Seluruh 34 Kampus UiTM – Mustaffa Kamil Ayub

Kota Kinabalu – Ahli Lembaga Pengarah Universiti UiTM, Sdr. Mustaffa Kamil Ayub telah menyampaikan pidatonya mengenai Malaysia Madani: Jiwa Merdeka kepada 100 pemimpin UiTM Sabah.

Dalam pidatonya, beliau turut mengimbau perjuangan rakyat Sabah dalam menuntut kemerdekaan.

Beliau juga mengumumkan bahawa program Bina Insan Madani akan dilaksanakan di seluruh 34 kampus UiTM, dari Sabah hingga ke Perlis, melibatkan hampir 200 ribu pelajar UiTM. Diharapkan, mereka yang mengikuti program ini akan menjadi jurubicara Malaysia Madani di pelbagai medan, termasuk di kampus, kampung, dan seluruh negara.

Selain itu, 3 Siri Program Bina Insan Madani Perdana sedang dianjurkan oleh Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD) UiTM, yang melibatkan 300 pensyarah sebagai penceramah dan fasilitator program di peringkat kampus cawangan.

Sementara itu, Persekutuan Alumni UiTM (PAU), yang kini memiliki keanggotaan sekitar satu juta orang, melalui presidennya, Sdr. Saiful, turut menyatakan komitmennya untuk menyokong Falsafah Pembangunan Malaysia Madani.

Sebanyak 5,000 naskah buku panduan Latihan Bina Insan Madani, sempena 25 Tahun UiTM sebagai universiti, telah diterbitkan oleh ILD. Buku panduan setebal 80 muka surat ini disusun oleh Sdr. Mustaffa Kamil Ayub, Prof. Datuk Dr. Mizan Hitam, dan Dr. Baharuddin. Buku tersebut diluncurkan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 19 Ogos 2024 di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam.

Komen
Loading...