Ikuti Kami:

PTTI Catat Rekod Malaysia Book of Records dengan 401 Pelajar ‘Straight A’s’ SPM 2024

PTTI Catat Rekod Malaysia Book of Records dengan 401 Pelajar ‘Straight A’s’ SPM 2024

Pusat tuisyen PTTI sekali lagi mencipta sejarah dengan mencatat dua rekod dalam Malaysia Book of Records (MBOR) berikutan pencapaian cemerlang pelajar mereka dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.

PTTI berjaya melahirkan seramai 401 pelajar yang memperoleh keputusan ‘Straight A’s’ dan mencatatkan sebanyak 18,432 Gred A terkumpul, sekali gus meraih anugerah ‘Most Straight A’s SPM Students in a Tuition’ dan ‘Most SPM Grade A’s Obtained by a Tuition’.

Majlis Anugerah Inspirasi PTTI 2025 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) meraikan kejayaan ini dengan kehadiran lebih 2,000 tetamu termasuk pelajar, ibu bapa serta tokoh dan selebriti terkenal seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Dato’ K), Datuk Wira Dr. Azizan Osman dan lain-lain.

Selain meraikan 401 pelajar ‘Straight A’s’, majlis turut menghargai 356 pelajar yang memperoleh keputusan ‘Nearly All A’s’ dan 1,685 pelajar yang mendapat 6A dan ke atas.

Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman, berkata pencapaian ini adalah hasil usaha berterusan tenaga pengajar, pelajar dan sokongan ibu bapa.

“Keputusan ini membuktikan bahawa pendidikan berkualiti dan pendekatan yang sistematik mampu membuka peluang lebih luas bagi pelajar mencapai kejayaan,” katanya.

Sebagai penghargaan, PTTI bekerjasama dengan Yayasan Nurjiwa memberikan insentif tunai RM500 kepada setiap pelajar ‘Straight A’s’, dengan jumlah keseluruhan insentif berjumlah RM200,500.

Melihat kejayaan ini sebagai titik permulaan, PTTI menyasarkan untuk melahirkan 1,000 pelajar ‘Straight A’s’ bagi SPM 2025 melalui pelbagai inisiatif termasuk kelas dalam talian, sesi konsultasi akademik dan pemantauan prestasi pelajar secara berterusan.

PTTI juga menawarkan sesi konsultasi percuma bagi membantu pelajar dan ibu bapa menghadapi cabaran peperiksaan SPM tahun ini.

Maklumat lanjut boleh diperoleh di laman web rasmi PTTI di www.ptti.my.

Komen
Loading...