Rosyam Noor Pertahan Bidang Seni – “Ustaz dan Pendakwah Pun Ada Unit Kru Sendiri”
- oleh Samad Mohd
- 5 tahuns lalu
Penerbit dan pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor pertahankan pekerja belakang tabir industri filem dan drama dan menganggap kenyataan Zul Yahya yang berpendapat pekerja bidang sini tidak berkat sebagai pandangan peribadi beliau.
Rosyam juga berpendapat, andai tiada kru belakang tabir, bagaimana stesen TV boleh beroperasi yang mana pengisiannya turut menampilkan program dakwah.
“Ustaz dan pendakwah yang buat program ceramah dan dakwah pun ada juga unit kru sendiri.”
“Jadi, kru belakang tabir sebenarnya besar peranan mereka. Tapi itulah, ini pandangan peribadi Zul.”
Dalam pada itu, Rosyam berkata, jika seseorang mahu melakukan perkara yang tidak baik, ia bukan hanya berlaku dalam bidang seni sahaja, namun boleh juga terjadi di mana jua.
“Dalam mana-mana bidang pun boleh berlaku. Dalam masjid pun kalau niat tak betul boleh berlaku juga.”
Pelakon filem KL Gangster 2 itu juga berkata, Zul tidak wajar mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana ia berkaitan rezeki.
“Bagi saya, dia tak sepatutnya bercakap begitu. Sebab rezeki datang daripada pelbagai cara dan apa yang dilakukan oleh penggiat industri ini pun adalah rezeki mereka.
“Dia juga tak sepatutnya menuduh ada rasuah dan lain-lain perkara yang buruk. Mungkin dia rasa tak dapat apa-apa ketika aktif dulu, ia kerana nasib tak menyebelahinya dalam bidang seni.
Biarpun pelbagai salah faham timbul, Rosyam menolak sekiranya ada usaha untuk mempertemukan dirinya bersama Zul kerana enggan memperbesarkan perkara ini.
Rosyam dilaporkan berkata demikian di dalam temubual bersama akhbar Harian Metro tempoh hari.
Foto: Instagram Rosyam Nor