Ruhainies Tampil Mohon Maaf, Mahu Berjumpa Dengan Bella Astillah & Sarah Yasmine
- oleh Samad Mohd
- 8 bulan lalu
Selepas lama memilih jalan mendiamkan diri, akhirnya pelakon Ruhainies tampil membuat permohonan maaf di Instagram Story awal pagi Jumaat.
Dalam hantaran yang dimuat naik, dia berharap agar dapat bersua muka dengan Bella Astillah bagi menjernihkan keadaan yang sudah ‘parah’ ketika ini.
“Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku. Saya ingin bertemu dengan awak juga untuk menjernihkan keadaan.
“Jadi kita boleh tutup buku dan meneruskan kehidupan serta berasa gembira semula. Saya juga mahu mohon maaf kepada semua yang terkesan dengan apa yang terjadi,” kata Ruhainies.
“Saya sangat berharap Bella Astillah dan Sarah Yasmine mengizinkan saya untuk berpeluang bertemu dengan mereka. Sekali lagi, saya mohon maaf atas segalanya yang terjadi,” ujarnya lagi