Ikuti Kami:

Serbuan Besar di Taman Sri Muda: Lebih 600 Warga Asing Ditahan, Pelbagai Kesalahan Dikesan

Serbuan Besar di Taman Sri Muda: Lebih 600 Warga Asing Ditahan, Pelbagai Kesalahan Dikesan

SHAH ALAM: Kawasan sekitar Taman Sri Muda, Seksyen 25, digempur oleh pihak berkuasa hari ini dalam operasi besar-besaran yang berjaya menahan lebih daripada 600 warga asing.

Operasi bersepadu selama dua jam itu menyasarkan rumah kedai dan premis di kawasan tersebut, dengan sejumlah 1,091 warga asing diperiksa, sebelum 602 daripadanya ditahan atas pelbagai kesalahan.

Operasi tersebut melibatkan sembilan warganegara iaitu Algeria, Filipina, Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar, Nepal, Pakistan, dan Sri Lanka. Kesemua yang ditahan terdiri daripada 505 lelaki dan 97 wanita, berusia antara 19 hingga 53 tahun.

Memetik Berita Harian, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, yang turut serta dalam serbuan itu, menyatakan operasi tersebut berdasarkan maklumat risikan mengenai kehadiran warga asing yang tidak sah di kawasan tersebut.

Beliau menegaskan bahawa kesemua mereka yang ditahan terlibat dengan pelbagai kesalahan imigresen, termasuk tinggal lebih masa serta gagal menunjukkan dokumen perjalanan yang sah seperti permit kerja atau pasport.

“Ini adalah sebahagian daripada usaha kami untuk memastikan undang-undang imigresen dipatuhi. Kami akan terus melakukan operasi seperti ini bagi mengurangkan masalah kehadiran warga asing tanpa izin di negeri ini,” katanya.

Kesemua warga asing yang ditahan kini disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan akan menghadapi tindakan undang-undang yang sewajarnya.

Komen
Loading...