Setelah Risteena Dikecam, Bella Astillah Tampil Memberi Sokongan Moral
- oleh Samad Mohd
- 5 tahuns lalu
Bella Astillah dan Risteena Munim pastinya antara dua selebriti yang sering mendapat perhatian netizen dan peminat.
Ada juga yang dah “menyampah” dengan kisah percintaan mereka dengan pasangan masing-masing.
Terkini, Bella Astillah telah tampil melalui IG untuk memberi sokongan moral terhadap Risteena yang telah mendapat kecaman bertubi-tubi.
“Bella suka sangat tgk org yang tangani kecaman/masalah dgn positive. Biarlah mereka terus mencaci kerana mereka tidak sedar akan putaran hidup yang seperti roda,” katanya.
Baru-baru ini Risteena telah menerima kecaman hebat apabila beliau kecoh satu dunia tentang kehilangan tunang tercinta selamat 30 minit. Biasa la, tengah bercinta tu, kalau dah clingy memang tak boleh nak buat apa la kan?
Mungkin waktu dulu, ketika Bella masih lagi menghadapi krisis hubungan dengan Aliff Aziz, ramai juga yang mengecam beliau, sehingga hari ini. Tetapi bak kata orang kalau dah jodoh tu, memang takkan ke mana pun.
Pastinya Bella pun dah lali dengan kecaman ramai. Macam ni la bagus kalau dah ada rakan artis yang menerima kecaman bertubi-tubi, ada saja rakan yang datang memberi sokongan.