Ikuti Kami:

Sindiket Bawa Masuk Warga Asing Menyamar Sebagai Ahli Sukan Tumpas di Kuala Lumpur

Sindiket Bawa Masuk Warga Asing Menyamar Sebagai Ahli Sukan Tumpas di Kuala Lumpur

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu sindiket yang menggunakan taktik menyamar sebagai ahli sukan untuk membawa masuk warga asing, dalam satu operasi khas di Maluri, Kuala Lumpur pada Khamis, menyaksikan seramai 21 warga Bangladesh ditahan.

Operasi ini merupakan hasil risikan dan maklumat orang awam yang dikumpulkan selama dua minggu.

Ketua Pengarah JIM, Datuk Zakaria Shaaban, berkata operasi tersebut bermula sekitar jam 10.38 pagi dan dikendalikan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, ibu pejabat JIM Putrajaya.

Pasukan operasi bertindak pantas setelah menerima maklumat tepat mengenai aktiviti sindiket ini.

“Dalam operasi ini, kami berjaya menahan tiga lelaki warganegara Bangladesh yang dipercayai terlibat sebagai dalang sindiket. Dua daripada mereka memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS), manakala seorang lagi telah tinggal lebih masa di negara ini,” katanya.

Hasil pemeriksaan, pasukan operasi merampas 18 pasport Bangladesh, wang tunai RM990, serta surat jemputan pertandingan sukan yang disyaki palsu.

“Mereka turut menempah tiket pulang ke Bangladesh dan penginapan di hotel bajet sehari sebelum perlawanan, bagi memastikan aktiviti mereka tidak disyaki.”

Tambah beliau lagi, sindiket mengenakan bayaran antara RM2,000 hingga RM5,000 bagi setiap individu yang ingin menyertai kegiatan haram ini.

Komen
Loading...