“Tak Perlu Team A Atau B” – Umie Aida Nasihat Orang Ramai Jangan Masuk Campur Urusan Fattah & Fazura
- oleh Samad Mohd
- 3 bulan lalu
Pergolakan rumah tangga antara pasangan pelakon Fattah Amin dan Fazura telah mendapat perhatian ramai termasuk rakan-rakan artis.
Menerusi hantaran di TikTok, aktres Datin Seri Umie Aida memuat naik video yang memaparkan Fattah sedang duduk di atas sofa.
Rentetan isu yang sedang hangat diperkatakan sebelum ini, Umie memohon agar semua pihak tidak mengganggu urusan pasangan selebriti itu.
Adalah terbaik, kita semua tak perlu masuk campur dalam ujian yang mereka lalui.
Dalam masa yang sama, pelakon filem Embun tersebut juga menitipkan nasihat supaya orang ramai tidak sewenang-wenangnya meninggalkan komen malah adalah lebih baik jika mendoakan kebahagiaan mereka.
Ingat kita sendiri pun ada lalui ujian dalam setiap kehidupan kita. Jadi berhati-hati dengan lisan kita semua ya.
Cukup mendoakan yang baik-baik buat mereka.
Tak perlu nak team A atau team B. Sayang Fazura dan Fattah.
Terdahulu, isu keretakan rumah tangga Fazura dan Fattah menjadi spekulasi di media sosial apabila mereka didakwa sudah tidak lagi meninggalkan komen atau memberi tanda suka dalam hantaran di akaun masing-masing.
Sehinggalah pada pagi Jumaat, Fazura memfailkan perceraian terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.