Ikuti Kami:

Tenera Hotel Tawar Pengalaman ‘Mengembara Rasa’ Tiga Negara Pada Harga RM148

Tenera Hotel Tawar Pengalaman ‘Mengembara Rasa’ Tiga Negara Pada Harga RM148

Tenera Hotel & Suites telah melancarkan bufet Ramadan bertemakan “Serantau Desa, Citarasa Mendunia” yang menawarkan pengalaman kulinari unik dari tiga negara jiran iaitu Malaysia, Thailand, dan Indonesia pada harga kompetitif RM148+ bagi dewasa.

​Majlis pelancaran yang berlangsung meriah di hotel berkenaan baru-baru ini mempersembahkan konsep “mengembara rasa”, di mana para tetamu bakal menikmati kepelbagaian rempah ratus dan teknik masakan autentik serantau bermula 20 Mac hingga 18 April 2026 di Grand Ballroom.

​Pengurus Besar Tenera Hotel & Suites, Encik Fadzly Hamzah berkata, pelancaran ini bertujuan memenuhi selera pelanggan yang merindui masakan desa namun mahukan variasi antarabangsa yang berkualiti dalam satu lokasi.

​”Malaysia terkenal dengan kepelbagaian rempah, Thailand dengan keseimbangan rasa pedas dan masam, manakala Indonesia pula dengan hidangan berempah yang lebih pekat. Gabungan ini membolehkan tetamu ‘check-in’ dan menikmati gastronomi tiga negara dalam satu malam berbuka puasa,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran tersebut.

​Beliau turut menekankan bahawa bufet kali ini bukan sekadar tentang hidangan, malah mengintegrasikan elemen Kelestarian Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) melalui inisiatif sifar pembaziran makanan.

Antara hidangan utama termasuklah Dalcha Lutut Kambing, Gulai Kawah Raja Berangkat, Lidah Bakar, Gulai Padang Urat Keting, serta pilihan makanan Thailand seperti Nasi Khao Mok Kambing Panggang dan Tom Yam Merah.

​Selain tawaran bufet, hotel turut melancarkan Pakej Ramadan Staycation bermula pada harga RM390+ semalam bagi Bilik Superior, yang merangkumi bufet Ramadan dan sahur untuk dua orang.

​Mengulas mengenai penetapan harga, Fadzly menjelaskan bahawa pihaknya berjaya mengekalkan harga mampu milik hasil daripada kerjasama strategik bersama vendor di bawah inisiatif ESG.

​Majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran selebriti popular tanah air seperti Datin Alyah, Baby Shima, Zaki Yamani, dan Adam AF yang hadir menyatakan sokongan terhadap pelaksanaan konsep ESG dan kelestarian alam oleh pihak hotel.

​Tenera Hotel & Suites sebelum ini telah menerima anugerah berprestij “Most Preferred Brand – Outstanding Muslim Friendly Hospitality & Event Space” daripada The BrandLaureate Awards pada Oktober 2025.

​Tempahan kini dibuka dan boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8929 9600 atau melalui aplikasi WhatsApp di 019-385 4796.

Komen
Loading...